Sunday, November 26, 2017

Ada Pemimpin DAP Dapat RM 5 Juta Untuk Gagalkan Projek Kerajaan Perak



Isu berkaitan satu projek Ikonik kerajaan negeri di Tronoh nampaknya semakin kronik dek kerana ada jembalang-jembalang yang sengaja mencetuskan kontroversi dan akhirnya projek berkenaan terpaksa ditangguhkan.

Projek dilancarkan pada tahun 2014 di atas tapak tanah seluas 586 hektar itu pada mulanya menerima impak yang positif termasuk daripada peneroka komersial haram dan Adun DAP di kawasan berkenaan.

Namun kini, mengapa ia disensasikan?

Ketika projek berkenaan dilancarkan, tiada sebarang bunyi-bunyi dari peneroka, malah Adun Tronoh, YB Yong Choo Kiong turut kelihatan bersama di majlis berkenaan.

Bagaimanapun, selepas itu, mula timbul satu persatu isu, bermula dari peneroka komersial haram yang enggan keluar dari tapak tanah berkenaan dan seolah-olah telah dihasut oleh jembalang-jembalang politik.

Persoalannya.

Siapakah jembalang-jembalang politik berkenaan yang sengaja menghasut peneroka komersial haram terbabit.

Difahamkan, peneroka-peneroka komersial di tapak tanah projek berkenaan telah meneroka lebih 40 tahun secara haram dan tanpa membayar royalti kepada kerajaan negeri.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, peneroka-peneroka haram berkenaan mampu memperoleh pendapatan setinggi RM 50 juta setahun. Tak ke wooow sangat tu.

Dari awal lagi disebutkan mereka ini adalah peneroka komersil haram. Tetapi, kenapa komersial?

Ini kerana kesemua peneroka ni bukan buat operasi haram secara kecil-kecilan. Ini bukan cerita kebun-kebun kecil tanam tebu tepi rumah. Tapi peneroka komersial haram di tapak projek kerajaan negeri ni telah menjalankan operasi pada skala yang besar dan dah kaut jutaan ringgit.

Makna kata, tak perlulah kita nak kesian dekat mereka sebab perusahaan yang dilakukan bukan kecil dan dah tahap komersil dah.

Jika tidak, masakan peneroka komersial haram ni mampu menjana keuntungan jutaan ringgit. Ramai penduduk di Tronoh dan Seputih tahu kekayaan meraka ini. Kalau tak percaya, boleh tanya sendiri penduduk di kawasan itu.

Sebelum projek itu tercetus, individu yang jaga tapak operasi haram kat sekitar Tronoh tu hanya balachi peneroka saja.

Rupa-rupanya, tokeh besar yang hasut supaya terokai dan meluaskan kawasan operasi haram mereka ni ada kat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Adakah tokeh besar di DUN itu adalah jembalang yang disebut-sebut?

Nak dijadikan cerita, 22 peneroka haram telah dihasut jembalang politik untuk menentang projek ini di mahkamah. Dan milik syarikat kerajaan Perak yang mengelolakan projek berkenaan telah menang dalam sesi tersebut.

Makna kata, mahkamah dah minta 22 peneroka tu keluar dari tapak tanah berkenaan. Jadi sepatutnya projek Ikonik di Tronoh itu boleh diteruskan selepas halangan itu.

Namun, ‘jembalang sepet’ masih meneruskan kerja-kerja hasutan mereka agar projek itu ditangguhkan. Maka, ada la pulak 8 ketul peneroka komersial haram yang nak lawan lagi kes tu. Tertangguh la lagi projek berkenaan.

Dan apabila projek berkenaan tidak dapat diteruskan maka DAP pula ambil kesempatan.

Datang pula hero-hero DAP yang kutuk usaha kerajaan negeri sebab projek tu ditangguhkan dan mulalah fitnah kononnya projek gajah putih lah, makan duit rakyat lah. Tapi hakikatnya??

Rentetan dari kes ni, timbul satu persoalan dari manakah wujudnya jembalang sepet yang hasut peneroka komersial haram supaya membawa isu ni ke mahkamah. Dan yang lebih menarik jembalang sepet siap bantu beri khidmat guaman.

Cuba teka, siapa peguam yang dilantik oleh jembalang sepet untuk kes peneroka komersial haram ni?

Peguam yang mewakili peneroka-peneroka itu adalah ‘Ambiga’ iaitu salah seorang peguam bagi DAP.

Inilah dia modus operandi jembalang sepet. Datang tempat orang konon nak tolong, kemudian hasut sampai orang percaya dan kemudian? Fikir lah sendiri.

Apa yang lebih menarik, difahamkan, jembalang-jembalang sepet yang menghasut peneroka haram supaya menentang projek itu ada menerima sejumlah wang.

Mengapakah peneroka haram beri jembalang sepet wang?

Berapakah jumlah wang tersebut? Tak mungkin kecil nilainya kan.

Difahamkan, peneroka haram telah memberi wang sebanyak RM 5 juta kepada jembalang sepet. Dan pembayaran wang RM 5juta itu dibuat sekitar Mac 2013 di Damansara.

Akan tetapi, siapakah sebenarnya jembalang sepet yang menerima wang RM 5 juta itu.

Boleh jadi Nga Kor Ming, sebab dia pun bukanlah seorang peguam yang sebegitu berjaya dan hebat. Berapa kerat sangat kes yang dia menang.

Akan tetapi, Nga sudah tetapi berjaya membina banglow bernilai RM 10juta. Tapi, ini ‘mungkin’ sahajalah. ‘Mungkin’.

Apa-apa pun kena fikir sendirilah sama ada terdapat relevannya Nga dalam isu ini atau tidak.

Ikut logik, jembalang yang buat kerja hasut-menghasut dan terima wang ni tak mungkin Adun Tronoh. Sebab YB Yong Choo Kiong pada mulanya menyokong projek itu.

Namun apabila ada rakyat di kawasannya buat aduan, tak kan lah dia tak bantu. Walaupun mereka itu peneroka komersial haram.

Dan Adun Tronoh pon seolah-olah digesa oleh ‘Boss Dalam DAP’ untuk menyelesaikan isu itu.

Dan ‘Boss Dalam DAP’ itu boleh jadi ‘Jembalang Sepet’ yang main peranan menghasut peneroka komersial haram dan dalam masa yang sama menerima wang RM 5 Juta.

Jembalang sepet dalam DAP ini sebenarnya memang ada niat yang busuk dan keji. Dia tahu projek berkenaan adalah antara bukti kepimpinan BN Perak adalah kerajaan yang adil sebab projek ini bakal memberi impak positif pada rakyat.

Sebab itu, jembalang sepet perlu mengagalkan projek ni, dan dalam masa yang sama Boss dalam DAP ini mahu membunuh kerjaya politik YB Yong Choo Kiong.

Makna kata, apabila tiada sebarang pembangunan atau pembaharuan di Tronoh maka Yong Choo Kiong akan dianggap gagal sebagai wakil rakyat. Itu adalah cara terbaik dan hancurkan Adun Tronoh, walaupun jembalang sepet dan Yong Choo Kiong dari parti DAP yang sama.

Rupanya, jembalang sepet ada rancangan nak menggantikan Yong Choo Kiong dengan orang lain. Sebab itu dia letakkan Adun Tronoh sebagai kambing hitam.

Nampaknya, semua yang berlaku ini antara pengusaha projek, Peneroka Haram, YB Yong Choo Kiong ada master mind nya.

Si Jembalang Sepet yang merupakan ‘Boss Dalam DAP’. Tetapi siapa ‘Boss Dalam DAP’?

No comments:

Post a Comment